5 Aktiviti Menyeronokkan Yang Dapat Merangsang Minda Bayi

6 minutes and 16 seconds.

Published on Jun 08, 2021

permainan

aktiviti

Parenting

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, adalah ungkapan atau pepatah yang lazim kita dengari. Sejak dari dalam rahim ibu lagi kita boleh berikan pendidikan kepada bayi.

Alhamdulillah pada zaman yang serba canggih sekarang, momies dan daddies mudah untuk mendapatkan maklumat, hanya di hujung jari sahaja.

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka.

Banyak sebenarnya aktiviti menyeronokkan dapat kita lakukan bersama si manja yang pasti dapat merangsang minda mereka. Seperti yang kita maklum, kita berada dalam fasa pkp, dan tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti di luar rumah bersama keluarga.

Tetapi jangan risau. Walaupun tidak dapat melakukan aktiviti di luar, kita masih boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama mereka di rumah dan tidak memerlukan peralatan atau permainan yang mahal. Jom kita baca apakah aktiviti menarik yang Jammy nak share kan ini.

1. Flash Card

Pemilihan Flash Card

Aktiviti menunjukkan Flash Card ini boleh diperkenalkan kepada si manja sejak bayi lagi. Pastikan mommies menggunakan flash card yang berwarna, bercorak menarik dan saiz yang besar supaya dapat menarik minat si manja dan mereka dapat melihat dengan lebih jelas. Pastikan juga hanya tunjukkan setiap satu flash card sekejap sahaja disebabkan daya tumpuan mereka yang sangat rendah dan pada masa yang sama dapat melatih daya ingatan mereka.

Kelebihan

Kelebihan flash card adalah dapat meningkatkan pengetahuan, kebolehan untuk memahami dan meningkatkan daya ingatan visual anak2. Oleh itu, aktiviti flash card ini sangat sesuai jika ibu2 hendak meningkatkan vocabulary si manja sejak kecil lagi.

Cara Penggunaan

Apabila memperkenalkan flash card pada si manja, mommies haruslah menggunakan nada suara yang jelas dan lantang supaya mereka dapat memahami dengan lancar dan boleh juga selitkan bunyi2 yang menarik, contoh nya perkenalkan haiwan serta bunyinya, supaya aktiviti ini akan jadi lebih menyeronokkan dan anak2 akan dapat berinteraksi dengan lebih aktif.

2. Menyanyi dan Menari

Menerut sebuah kajian, seseorang manusia itu mengalami pengalaman berirama seawal usia dalam rahim lagi, dengan degupan jantung ibunya.

Campbell, P. S., Scott, Kassner, C. & Kassner, K. 1994

Aktiviti menari dan menyanyi mungkin nampak biasa pada orang dewasa, tetapi tidak bagi kanak2. Bayi seawal 7 bulan sudah dapat memberikan reaksi terhadap bunyi dan muzik yang mereka dengari. Antara response yang biasa mereka lakukan adalah menggerakkan badan apabila muzik dipasang, haha comel kan?

Kelebihan

Melalui aktiviti ini, si manja dapat belajar dengan lebih cepat, kerana persekitaran yang menyeronokkan dan mereka dapat memberikan lebih perhatian terhadap muzik dan bunyi yang didengari. Selain itu, si manja juga boleh mempelajari lebih banyak kosa kata dan dapat mengingati nya dengan lebih mudah.

Aktiviti

Contoh aktiviti yang dapat dilakukan bersama si manja adalah menyanyi lagu “Tepuk Amai-Amai”. Mommies boleh menyanyi dan pada masa yang sama boleh lakukan gerakan seiring dengan lagu tersebut; tepuk bersama-sama dapat mencipta persekitaran yang menyeronokkan. Aktiviti ini akan dapat mengeratkan lagi “bonding” bersama si manja dan pasti nya mereka akan berasa lebih teruja jika melakukan bersama mommies dan daddies.

3. Jadikan Masa Makan Menyeronokkan

Kita sering risau bila anak2 tidak makan makanan yang diberi. Berikan si manja kebebasan untuk menyuapkan makanan sendiri, ajarkan dahulu cara menggunakan sudu atau tangan dan biarkan mereka “explore” sendiri ketika makan.

Aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih teruja untuk mencuba sesuatu yang baru dan dapat mewujudkan suasana yang seronok ketika makan. Aktiviti ini mungkin akan menjadi “messy” sedikit tetapi ianya berbaloi apabila dapat melihat si manja lebih riang dan “enjoy” ketika makan.

Masa makan lebih menyeronokkan
Masa makan lebih menyeronokkan

Kelebihan

Apabila si manja belajar untuk makan sendiri, ia dapat membantu mereka untuk mengasah skil koordinasi dan kemahiran motor. Mereka boleh melatih pergerakkan jari dengan memegang atau mencapai objek yang ada berhampiran.

Selain itu, ia sebenarnya dapat melatih koordinasi serentak tangan dan mata mereka. Perkembangan kemahiran visual motor ini adalah amat penting apabila semakin mereka meningkat umur.

Contoh Aktiviti

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberikan “finger food”. Mommies dan daddies boleh menyediakan makanan yang mudah untuk dipegang anak2 supaya mereka boleh “explore” dengan sendirinya. Pastikan mommies dan daddies juga sentiasa memantau anak2 ketika mereka sedang makan bagi mengelakkan apa2 yang tidak diingini berlaku.

4. Pilih Mainan yang Membolehkan Anak2 Berinteraksi dan Meneroka

Pemilihan mainan yang dapat merangsang minda si manja adalah sangat penting. Bukan sahaja mereka akan seronok bermain tetapi minda mereka juga dapat berkembang. Bermain dapat memberikan peluang kepada si manja untuk mengembangkan dan mempraktikkan kemahiran baru selain dari membentuk perkembangan lain yang positif buat mereka.

Bayi akan menggunakan 5 deria untuk belajar mengenai dunia sekeliling mereka. Pada seawal 4 bulan biasanya mereka akan meneroka setiap mainan dengan memasukkannya ke dalam mulut, menggoyangkannya di udara, atau menghentakkannya di atas lantai.

Makan tangan pun best ni
Makan tangan pun best ni

Oleh itu, mommies haruslah sentiasa mengawasi si comel ketika mereka sedang bermain dengan permainan yang diberikan dan sentiasa mencuci mainan tersebut supaya mereka terhindar daripada sebarang penyakit.

Contoh Mainan Yang Sesuai

Mainan yang berloceng.

Mainan yang mengeluarkan bunyi seperti loceng dan berwarna terang mampu menarik perhatian si manja. Ia boleh merangsang fungsi penglihatan, pendengaran dan kemahiran motor mereka apabila mereka cuba untuk bergerak kearah mainan tersebut. Pastikan juga mainan itu dibuat dari bahan yang lembut supaya ia tidak membahayakan mereka.

Sentiasa pastikan mainan si manja selalu dibersihkan
Sentiasa pastikan mainan si manja selalu dibersihkan

Teething Ring

Seawal usia 4 bulan, si manja akan suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut, ini adalah cara mereka untuk belajar dan explore sesuatu benda. Oleh itu, teething ring adalah sangat sesuai untuk diberikan kepada mereka pada waktu ini. Pilih warna dan corak yang menarik dan bersaiz besar supaya mudah untuk dipegang. Selain itu, teether ini juga dapat merangsang pertumbuhan gigi dan juga kemampuan sensory mereka.

Mainan yang bewarna cerah boleh menarik perhatian si manja
Mainan yang bewarna cerah boleh menarik perhatian si manja

Mainan bayi soft book

Mainan bayi soft book ini sebenarnya adalah buku cerita lembut yang diperbuat daripada kain. Ia juga terdapat gambar2 yang menarik dan terang supaya dapat menarik minat si manja untuk bermain. Mainan ini dapat melatih kemampuan penglihatan bayi dan juga dapat memupuk minat membaca sejak dari kecil lagi.

Soft book untuk si manja
Soft book untuk si manja

Memperkenalkan Messy-Play

Apakah itu messy-play? Buat mommies yang pertama kali dengar istilah ini pasti ingin tahu apakah kaitan messy-play dengan perkembangan minda si manja bukan?

Messy-play atau sensory-play ini secara ringkasnya adalah aktiviti yang melibatkan deria si manja termasuk:

  • mata,
  • telinga,
  • hidung,
  • mulut,
  • sentuhan,
  • keseimbangan, atau
  • pergerakan.

Ia adalah cara untuk mendorong si manja belajar tentang sifat bahan seperti:

  • lumpur,
  • pasir,
  • jeli,
  • air dan
  • cat

dengan cara yang tidak terhad.

Aktiviti ini akan membuatkan anak2 sedikit kotor dan comot, tapi mommies jangan risau kerana banyak manfaat yang si manja akan perolehi daripada aktiviti2 ini.

Comot pun comel
Comot pun comel

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aktiviti messy-play ini boleh didedahkan kepada si manja sejak mereka berumur 6 bulan lagi.

Ciptakan suasana yang seronok ketika bermain messy-play ini supaya si manja akan lebih teruja untuk melakukannya dan menerokai aktiviti yang baru di perkenalkan ini.

Kelebihan

  • Antara kelebihan messy-play ini adalah ‘perjalanan’ maklumat sampai ke otak akan menjadi lebih baik melalui rangsangan kulit. Oleh itu, lebih elok kalau mommies boleh berikan rangsangan terhadap deria sentuhan sama ada di bahagian tangan ataupun kaki secara konsisten.

  • Meningkatkan kretiviti si manja kerana banyak aktiviti baru yang akan dapat mereka terokai semasa bermain.

  • Apabila bermain, si manja akan menggunakan otot jari untuk memegang atau meramas lantas dapat menguatkan otot si manja.

  • Sesetengah aktiviti messy-play dapat meningkatkan konsentrasi serta koordinasi mata dan tangan si manja. Contoh aktiviti adalah seperti memotong play doh mengikut corak dan bentuk atau melempar ‘slime’ ke arah sasaran.

Contoh Aktiviti

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah bermain dengan air, jeli, sabun, shaving cream, lumpur, finger-paint dan bahan2 basah yang lain.

Rangsangan terhadap kulit
Rangsangan terhadap kulit

Untuk membuatkan aktiviti ini lebih menarik, mommies boleh tambahkan pewarna ke dalam bahan2 yang tidak mempunyai warna mengikut kesesuaian. Selain dapat memberikan keseronokkan pada si manja, mereka juga boleh belajar mengenai warna2 yang digunakan.

Kesimpulan

Pastinya semua parents mahukan yang terbaik buat si manja mereka. Bagi memastikan minda si manja dapat berkembang, mommies dan daddies haruslah dedahkan si manja kepada segala aktiviti yang baik.

Hargailah si manja
Hargailah si manja

Cipta suasana yang menyeronokkan dan biarkan mereka teroka. Pada masa yang sama, mommies dan daddies haruslah sentiasa mengawasi pergerakkan mereka sepanjang melakukan aktiviti ini.

Jammy harap dengan sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu parents semua.

Enjoy setiap aktiviti yang dilakukan bersama si manja dan create moment2 yang indah bersama mereka. Kerana masa kecil anak2 hanya sekali sahaja dan tidak dapat diulangi kembali.

Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke hujungnya.

Share:

Comments Section: