6 Cara Mengatasi Kemurungan Selepas Bersalin

4 minutes and 30 seconds.

Published on Jan 14, 2023

Pregnancy

Infant

Depression

Parenting

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations

Menyambut kelahiran bayi adalah amat menggembirakan dan menerujakan, lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata. Akan tetapi, ada diantara ibu yang belum betul-betul bersedia dari segi emosi untuk menghadapi cabaran dan kebimbangan contohnya kemurungan selepas bersalin. Jika perasaan sedih anda semakin teruk dan menyebabkan aktiviti harian terganggu, anda mungkin sedang mengalami kemurungan selepas bersalin.

Adakah anda berasa sedih selepas bersalin?
Adakah anda berasa sedih selepas bersalin?

Apa itu Kemurungan Selepas Bersalin atau Postpartum Depression (PPD)?

Kemurungan selepas bersalin adalah satu bentuk kemurungan yang berlaku selepas melahirkan bayi. Ianya boleh membuat anda berasa kosong, tiada perasaan, dan sedih yang melampau. Boleh juga menyebabkan perubahan dalam mood, keletihan, dan rasa putus asa.

Setiap ibu yang melahirkan bayi adalah berisiko untuk menghidapi postpartum depression (PPD). Kajian mendapati 85% ibu selepas bersalin menghidapi (PPD). Gejala biasanya bermula beberapa minggu selepas bersalin, akan tetapi ada juga kes dimana ianya terjadi selepas enam bulan kemudian. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin ini, diantaranya adalah sukar menguruskan bayi, tidak mendapat penjagaan yang sepatutnya, bayi mengalami masalah kesihatan, atau overthinking.

Jika anda bergelut dengan kemurungan selepas bersalin, ketahui lah bahawa anda tidak bersendirian dan terdapat bantuan yang tersedia. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi kemurungan selepas bersalin.

Jumpa Doktor

Cara yang paling berkesan untuk mengenalpasti dan merawat kemurungan selepas bersalin adalah dengan berjumpa dengan Doktor pakar. Buat temu janji dengan doktor anda sekiranya anda merasa tertekan selepas melahirkan, terutamanya jika perasaan itu tidak hilang selepas beberapa minggu atau menjadi lebih teruk dari masa ke semasa.

Mereka boleh menilai gejala dan memberikan rawatan dan sokongan yang anda perlukan. Selain itu, anda juga mungkin mendapat manfaat daripada psikoterapi, antidepresan, atau gabungan kedua- duanya. Jangan takut untuk menghubungi dan meminta bantuan daripada pakar, mereka akan sedia membantu.

Consultation bersama doctor
Consultation bersama doctor

Dapatkan sokongan daripada orang tersayang

Mempunyai rangkaian rakan dan keluarga yang menyokong boleh membuat perbezaan besar dalam menghadapi kemurungan selepas bersalin. Sokongan dan bantuan daripada suami atau keluarga adalah sangat diperlukan oleh ibu selepas bersalin, lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kali melahirkan. Ini kerana, mereka tidak mempunyai pengalaman dan perlukan bimbingan daripada orang yang berpengalaman atau daripada ibu mereka sendiri. Ibu ataupun kakak yang mempunyai pengalaman boleh memberi tunjuk ajar dari segi penyusuan, penjagaan selepas bersalin atau cara menguruskan bayi.

Suami juga haruslah menyediakan keperluan yang secukupnya supaya mereka merasa selesa dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling. Selain itu, memberikan bantuan dari segi emosi atau bergilir-gilir menjaga bayi juga sangat diperlukan. Minta lah bantuan daripada suami atau keluarga jika merasa terlalu penat atau stress dan jangan pendam perasaan anda sendirian kerana akan menyebabkan keadaan semakin buruk jika tidak dirawat.

Sokongan daripada suami atau keluarga
Sokongan daripada suami atau keluarga

Sediakan waktu untuk diri sendiri atau “me time”

Ramai diantara ibu-ibu tidak mendapatkan masa yang cukup untuk diri sendiri selepas bersalin dan terlalu overwhelm dengan kehadiran bayi. Proses melahirkan itu sendiri amat menyakitkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Rehat yang secukupnya adalah amat diperlukan, jangan terlalu memaksa diri untuk menguruskan bayi sendirian. Anda boleh meminta bantuan daripada suami atau keluarga jika diperlukan.

Cipta masa untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang anda suka. Contohnya keluar rumah mengambil angin, menonton filem, membaca buku atau ambil masa untuk beristirehat. Tenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif, serta luahkan apa yang terpendam kepada suami supaya suami dapat membantu.

Anda pasti akan mendapat kesan yang positif sekiranya aktiviti “me time” ini dilakukan sekurangnya seminggu sekali. Aktiviti ini akan dapat menjadikan anda lebih ceria dan anda akan dapat menguruskan bayi dengan lebih baik.

Mommy having fun
Mommy having fun

Jaga Pemakanan

Makan makanan yang berkhasiat dan elakkan daripada makan makanan segera. Minta suami untuk menyediakan atau membeli makanan yg berkhasiat supaya badan anda mendapatkan nutrisi yang secukupnya. Selain daripada proses penyembuhan dapat berjalan lancar, mood anda juga akan menjadi lebih baik.

Sediakan list atau menu makanan yang berkhasiat setiap minggu supaya suami atau ibu anda dapat menyediakan makanan seperti yang anda inginkan. Sediakan makanan yang mudah untuk disediakan seperti hirisan epal, mentega kacang, roti, atau salad. Ini akan memudahkan anda untuk terus makan sekiranya terasa lapar dan tidak sempat untuk menyediakan makanan yang berat. Jangan lupa juga untuk makan makanan yang kaya dengan vitamin c contohnya buah oren atau jambu batu, supaya proses penyembuhan luka dapat sihat dengan cepat.

Healthy Food
Healthy Food

Senaman Ringan

Terdapat kajian mengatakan bahawa senaman mungkin mumpunyai kesan antidepressant untuk wanita yang mempunyai kemurungan selepas bersalin. Berjalan adalah salah satu senaman ringan yang dapat dilakukan oleh ibu selepas bersalin, dan sangat digalakkan. Contohnya, berjalan bersama bayi dengan stroller di taman atau tempat yang anda suka sambil menghirup udara yang segar. Bagi peluang untuk diri sendiri menikmati udara yang segar, setelah penat menguruskan anak-anak dirumah.

Berjalan sambil menghirup udara segar
Berjalan sambil menghirup udara segar

Kumpulan Sokongan

Kumpulan sokongan adalah salah satu cara yang terbaik yang dapat dilakukan sekiranya anda merasakan keluarga tidak dapat membantu atau kurang memberi perhatian kepada anda. Terdapat saluran yang tepat boleh anda hubungi untuk mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, mendapatkan khidmat pakar obstetrik, confinement lady atau boleh terus ke klinik kesihatan yang berhampiran.

Jika berkemampuan, mengupah bidan atau confinement lady sangat membantu. Mereka dapat memberikan penjagaan selepas bersalin dengan baik. Selain dapat membantu memberikan penjagaan untuk ibu selepas bersalin, mereka juga dapat menguruskan bayi dan memberikan tunjuk ajar berkaitan berpantang.

Dapatkan bantuan professional
Dapatkan bantuan professional

Kesimpulan

Kemurungan Selepas bersalin “is real”, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Ianya adalah penyakit yang serius dan harus ditangani dengan segera. Tanpa rawatan dengan segera, kemurungan selepas bersalin boleh menjadi lebih buruk. Ia paling berbahaya sekiranya terdapat pemikiran untuk membunuh diri, mencederakan diri sendiri atau mencederakan orang lain. Sekiranya perkara ini terjadi, segera maklumkan kepada pihak kesihatan untuk dapatkan rawatan.

Sekiranya anda mengalami kemurungan selepas bersalin, anda perlu tahu bahawa anda tidak bersendirian, banyak saluran atau sokongan yang boleh didapati. Jangan sesekali pendam perasaan anda sendirian, kongsikan masalah anda bersama orang yang tersayang dan minta tunjuk ajar sekiranya anda kurang pengetahuan atau pengalaman menguruskan bayi.

Sokongan daripada orang tersayang adalah amat diperlukan
Sokongan daripada orang tersayang adalah amat diperlukan

Share:

Comments Section: