Expectation Vs Reality Seorang Ibu Baru Perlu Tahu

6 minutes and 40 seconds.

Published on Jun 20, 2021

Pregnancy

Infant

Parenting

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations

Sebelum menjadi seorang ibu, pasti mommies2 mengetahui serba sedikit mengenai alam keibu bapaan bukan? Sama ada daripada perkongsian pengalaman adik beradik, saudara mara, rakan2 atau melalui pembacaan.

Banyak sebenarnya info yang kita boleh perolehi mengenai ilmu2 keibu bapaan, supaya nanti tak lah kita terasa kekok, buntu dan panik selepas melahirkan bayi.

Bercakap mengenai expectation pula, pasti nya kita akan ada anggapan awal mengenai bayi yang akan lahir, bagaimana reaksi mereka, cara penjagaan mereka dan kehidupan bersama mereka secara keseluruhan.

Tapi adakah expectation mommies2 sama dengan reality selepas bayi dilahirkan? Adakah bayi akan berkelakuan sama seperti yang dibayangkan?

Haha, macam serious jea kann. Tapi actually memang serious pun. Bukan mudah ya mommies2, nak handle bayi yang baru lahir nanti jika kita tiada orang yang berpengalaman membantu kita. Especially bagi yang baru pertama kali bergelar ibu. At least, kita boleh dapatkan bantuan daripada parents, adik beradik atau jika mampu boleh lah hire confinement lady untuk bantu semasa kita di dalam pantang.

Berkenaan expectations kita ni, Jammy dapati mostly adalah memang bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku selepas mempunyai anak.๐Ÿ˜…

So dekat sini sebenar nya Jammy nak share sedikit apa yang mommies2 perlu tahu melalui expectation vs reality mempunyai anak. Apakah expectation yang selalu kita buat mengenai si manja ni?

Jammy rasa apa yang Jammy nak share ni adalah sangat penting bagi bakal2 mommies dan daddies di luar sana. Jom baca! Kalau rasa bermanfaat, share dengan saudara atau rakan2 ya! ๐Ÿ˜Š

1. Waktu Tidur Bayi

Expectation

Mostly kita beranggapan bahawa bayi akan tidur dengan lena sepanjang malam selepas satu atau dua minggu kelahiran dan kita pulak dapat rehat yang secukupnya.

Bestnya kalau anak dapat tidur malam nyenyak macam ni selalu.
Bestnya kalau anak dapat tidur malam nyenyak macam ni selalu.

Reality

Little did we know, bahawa bayi akan kerap bangun malam untuk menyusu, lebih2 lagi pada awal kelahiran. Kerana bayi masih terlalu kecil untuk mengetahui perbezaan siang atau malam.

Mereka akan bangun sangat kerap dan mungkin lebih dari 3 kali satu malam. Bila dah bangun pulak bukan boleh tidur terus, nak kena burp dulu, check pampers dah penuh ke belum, kalau dah penuh kena tukar pulak.

Kadang2 bila diorang dah bangun, tak nak tidur balik, so bertabah lah kita kena main2 kejap dengan diorang pagi2 buta tu ๐Ÿ˜ฅ.

Biasanya lepas bersalin memang tidur kita akan kurang, tapi make sure kita still dapat tidur dan rehat k. Kalau rasa terlalu penat boleh la minta tolong suami, ok mommies.

Ada juga kes dimana bayi asyik tidur jea, pelik sebab jarang bangun dan mintak susu. Untuk kes ni mommies perlu alert sebab mungkin bayi mommies ada penyakit kuning atau demam kuning. Nanti, kalau berkesempatan, Jammy akan share berkenaan demam kuning di post yang lain k.

2. Breasfeeding

Latch(Teknik Lekapan Pada Payudara)

Expectation

Breastfeeding akan menjadi lebih mudah. Ada anggapan yang bayi baru lahir confirm terus pandai hisap susu. Lagipun dah menjadi lumrah susu tu makanan diorang selepas dilahirkan, sepatut nya senang lah sebab badan kita pun yang baru lepas bersalin memang di cipta untuk breastfeed baby.

Reality

Tidak tidak tidak mommies, tak semua bayi dapat menghisap susu dengan cara yang sepatut nya. Walaupun kita dah banyak sertai kelas penyusuan semasa mengandung, tapi jangan pelik jika kita still tak dapat bagi baby latch dengan betul nanti. So, bila bayi tak dapat latch dengan betul, akan timbul lah masalah:

  • sakit ketika bayi menyusu
  • puting susu merekah
  • saluran susu tersumbat dan mastitis
  • thrush
  • bengkak payudara
  • bekalan susu berkurangan dan banyak lagi.

Fuhh ngeri kalau masalah2 ni jadi dekat kita.

Apa yang kita lihat vs apa yang kita rasa
Apa yang kita lihat vs apa yang kita rasa

Kadang2 bila ada orang tegur anak nangis sebab nak susu pun kita akan rasa nak marah. haha.

Jika mommies menghadapi salah satu masalah di atas semasa menyusu bayi, cepat2 lah jumpa doktor atau boleh consult terus dengan pakar lactation berhampiran, jangan risau dan terus panik k, cepat2 dapatkan bantuan mereka sebelum melarat.

Sakit Badan

Expectation

Selepas melahirkan anak, confirm la dapat menyusu dengan elok, boleh adapt terus dengan situasi. Plus dah belajar banyak kali dalam kelas penyusuan, confirm tak ada masalah sakit badan nanti semasa menyusu baby.

Reality

“Boleh tak nak stop bagi susu direct dekat baby? Dah tak tahan sakit2 badan masa menyusu.”

Aku dah belajar banyak posisi menyusu sebelum ni, tapi kenapa still sakit badan? ๐Ÿ˜“.

Ya betul mommies, menyusu ni perlukan kesabaran dan tekad yang tinggi, tak kira banyak mana kita dah belajar, bila hadapi sendiri, terus situasi bertukar 360 darjah dari apa yang kita rasa kita tahu.

Biasa nya sakit badan ni berpunca bila posisi menyusu salah dan kita terlalu fokus untuk pastikan bayi melekap dengan betul.
Biasa nya sakit badan ni berpunca bila posisi menyusu salah dan kita terlalu fokus untuk pastikan bayi melekap dengan betul.

Seterusnya ia akan bagi tekanan pada leher dan otot atas bahagian belakang badan sewaktu kita menunduk.

So, be strong ya mommies, Jammy pun pernah rasa, memang bukan mudah ya mommies ๐Ÿ˜ฅ, tapi untuk insan yang tersayang ku gagahi juga ๐Ÿ’ช๐Ÿป.

3. Boleh Rehat Selepas Bayi Tidur

Expectation

“Nanti bila baby dah tidur boleh la rehat dengan diorang sekali, ada la masa untuk kita topup balik tidur yang tak cukup tu.”

Expectation tidur bersama anak
Expectation tidur bersama anak

Reality

Pasti ada orang yang advise kita untuk tidur lepas baby tidur kan? Tapi realiti nya tidak mommies. Nanti siapa nak masak, kemas rumah, basuh kain, lipat kain semua tu? ๐Ÿ˜ฅ

So biasanya lepas baby tidur, time tu la kita boleh buat kerja rumah sikit, kalau ada pembantu rumah boleh la kita rehat, tapi kalau takda, mau jadi tongkang pecah rumah kalau kita tak tolong kemas, huhu. Bukan la buat kerja berat2 macam nak mop ke cuci toilet semua tu, just yang ringan2 jea lah ya mommies.

4. Menangis

expectation

Bila baby nangis mesti dia lapar, lampin basah, mengantuk, kembung perut dan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya (seperti merasa sakit atau kerana tidak sihat).

Reality

Ya mungkin bayi akan menangis di sebabkan semua masalah di atas, tapi sebenarnya baby jugak akan menangis hanya kerana dia just nakkan perhatian daripada kita sahaja! So kadang2 diorang menangis just nak kita angkat, dukung dan main dengan diorang sahaja.

So kita kena la entertain diorang kejap dan lupakan sekejap apa yang kita tengah buat. Bukan apa, kalau diorang dah start menangis memang haru. ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ซ

5. Beranggapan Semua Bayi Akan Berkelakuan Baik

Expectation

Nampak anak2 kawan or saudara behave, pandai bawak diri, boleh main sendiri terus terfikir mesti semua budak akan macam ni kan masa kecik2.

Reality

Bila ada anak sendiri “kenapa anak aku tak sama perangai macam anak orang lain? " ๐Ÿ˜ญ huaaaaaaaa.

Bila dah ada anak sendiri baru la tahu perangai diorang sebenar nya macam mana. Untuk pengetahuan mommies, perangai kanak2 tak sama ya, even kembar sekalipun perangai diorang pun still berbeza.

Anak2 ni ada yang suka explore, melasak, main macam2.
Anak2 ni ada yang suka explore, melasak, main macam2.

Kadang2 tu rasa heran betul, mana la diorang dapat energy sebab tak reti nak penat, huhu. Jangan risau mommies, Itu adalah salah satu cara diorang belajar. Actually tu adalah perkembangan yang bagus untuk diorang.

Jadi enjoy jea masa2 bersama diorang, memang akan penat, tapi selagi diorang happy dan sihat pun dah bersyukur sangat.

6. Work From Home Dapat Bekerja dan Spend Time Bersama Anak2

Expectation

Best nya bila dapat kerja dari rumah, boleh la spend time dengan anak2 dan tengok diorang sambil buat kerja.

Reality

Hakikat nya tak semanis yang disangka, huhu. Bila kerja dari rumah, anak2 ni akan nak melekat jea dengan kita, asyik nak kita main dengan diorang.

So susah lah sikit kita nak fokus siapkan kerja yang bos bagi. Dan terpaksa lah kita buat shift malam, terpaksa sambung balik buat kerja yang tertangguh sebab siang memang susah nak fokus buat kerja. ๐Ÿ˜ต

Mana tak nya, baru jea nak bukak laptop, time tu lah diorng nak menangis, berak, memanjat dan macam2 lagi lah perangai nya, huhu. Memang menguji kesabaran betul…

7. Anak cepat bercakap

Expectation

“Bila selalu bercakap dengan anak2 pasti diorang akan mudah bercakap dengan meniru apa kita cakap”

Perkembangan setiap anak adalah berbeza
Perkembangan setiap anak adalah berbeza

Reality

Setiap anak akan mempunyai peningkatan kemahiran percakapan yang berbeza-beza. Walaupun kita mengajar anak2 dengan sama, tapi tak semua akan cepat belajar, dan ada yang kena ambil masa lebih sedikit untuk belajar.

So mommies jangan cepat panik bila anak lambat bercakap, kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza dan ianya normal. Tetapi jika terlalu ketara perbezaan nya, mommies boleh terus dapatkan bantuan dengan berjumpa pakar supaya mommies akan lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh anak.

Kesimpulan

Untuk artikel ni, Jammy kongsikan pandangan tentang realiti mendapat anak pertama berkenaan:

  1. Waktu Tidur Bayi
  2. Breasfeeding
  3. Boleh Rehat Selepas Bayi Tidur
  4. Menangis
  5. Beranggapan Semua Bayi Akan Berkelakuan Baik
  6. Work From Home Dapat Bekerja dan Spend Time Bersama Anak2
  7. Anak cepat bercakap

Bonding antara anak dan mommy tak dapat dipisahkan
Bonding antara anak dan mommy tak dapat dipisahkan

Harap perkongsian ni dapat membantu mommies2 lebih clear tentang cabaran sebagai seorang ibu. Boleh kongsikan pandangan mommies tentang topik ini di ruangan komen di bawah k ๐Ÿฅฐ

Kalau mommies rasa artikel ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan2 atau saudara mara ya โค

Share:

Comments Section: