Restaurant Tong Yuen, Hotel Zenith Putrajaya

4 minutes and 15 seconds.

Published on Nov 09, 2021

chinese muslim food

restaurant

Food Review

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations
Restoran Tong Yuen di Zenith Hotel Putrajaya
Restoran Tong Yuen di Zenith Hotel Putrajaya

Share:

Assalamualaikum, hai semua. Fuhhh lama betul rasa tak menulis di blog ni, disebabkan kemalasan yang melanda, haha. Di sebabkan harini terlebih rajin sikit dan ada something yang boleh share, so here we go.

Pengalaman di Restoran Tong Yuen

Ok, so harini aku nak review sikit makanan dekat Restoran Tong Yuen. Beberapa hari yang lepas aku dengan family mertua pergi makan dekat sini, actually aku tak tahu pun tempat ni wujud sebab tak pernah stay dekat Hotel Zenith and tak terfikir nak pergi makan hotel sini, huhu. Family-in-law aku yang pernah makan dekat sini before this. Owh before that, nak credit sikit, thank you my sister in law (SIL) belanja kami semua makan dekat sini haritu, hehe.

Sehari sebelum kitorang pergi my SIL dah booking siap2, just in case ramai orang nanti, al-maklumlah sebab kitorang pergi masa Hari Cuti Umum. My SIL booking untuk slot tengahari, pkol 11 lebih dah boleh masuk, tapi masa kitorang sampai, restaurant tak ready lagi, so kitorang just tunggu jea la dekat luar restaurant sambil bergambar dekat lobby Hotel Zenith tu. Alhamdulillah tak lama sangat tunggu, lepas tu ada staff restaurant bagi tahu dah boleh masuk. Owh masa kitorang pergi tu luckily tak ramai orang dan just kitorang jea ada masa sampai tu, alhamdulillah.

Private Dining

Bilik makan persendirian
Bilik makan persendirian

Masuk2 dalam tu terus waitress tunjuk table, teruja jap sebab dapat bilik private, so rasa selesa sikit la makan dalam tu dengan family. Dekat luar bilik ada pemandangan tasik dan Masjid Putrajaya, memang cozy sangat.

Kudapan sementara memilih menu
Kudapan sementara memilih menu

So kitorang pun tengok la menu dan ready untuk order. Harga makanan dia bagi aku agak pricey jugak la, tapi kalau sekali sekala nak celebrate apa2 boleh la. Kalau nak datang selalu tu memang kopak la jugak, haha. Tapi standard la harga hotel kan.

Menu

Untuk tengok menu penuh, boleh klik ke link ni .

Ni makanan yang aku and family aku makan, tak semua la menu kitorang try, tapi mostly mother-in-law aku yang suggest sebab dia pernah makan and tahu mana yang sedap, hehe.

Soup

Szechuan Hot & Sour Soup dan Crab Meat Sweet Corn Soup
Szechuan Hot & Sour Soup dan Crab Meat Sweet Corn Soup

Untuk pilihan soup, kitorang pilih Szechuan Hot & Sour Soup dan Crab Meat Sweet Corn Soup. Bagi aku, aku lagi suka Szechuan Hot & Sour Soup, memang kena dengan tekak aku, sebab ada rasa pedas2 masam sikit and dia punya bahan dalam tu memang tak kedekut.

Bagi Crab Meat Sweet Corn Soup pulak, dia punya rasa manis2 gitu sebab ada jagung manis and isi ketam dia banyak jugak la, diorang guna isi ketam sebenar dan bukan ketam tiruan tu, so memang sedap jugak lah rasa dia.

Main Course

Main course pulak kitorang pilih Chicken Boxing with Lemon Sauce, Wok Fried Sweet & Sour Chicken With Pineapple, Stir Fried Beef with Spicy Honey Sauce, Fried Rice with Assorted Seafood dan Stir Fried Eggplant with Dried Shrimp. Untuk makanan ni kita boleh pilih portion dia samada nak saiz S(small) atau L(large).

Chicken Boxing
Chicken Boxing

Bagi aku Chicken Boxing dia memang sedap gilaaa, rasa manis2 dan ada masam lemon tu memang kena sangattt memang paling favourite dan recommended.

Wok Fried Sweet & Sour Chicken With Pineapple
Wok Fried Sweet & Sour Chicken With Pineapple

Wok Fried Sweet & Sour Chicken With Pineapple ni pun sedappp kena dengan selera aku.

Stir Fried Beef with Spicy Honey Sauce
Stir Fried Beef with Spicy Honey Sauce

Stir Fried Beef with Spicy Honey Sauce bagi aku pun sedap, sos dia manis2 dan tak pedas sangat pun, lebih kurang macam masak kicap, haha. Cuma daging dia ada yang liat sikit, tak semua lembut.

Fried Rice with Assorted Seafood
Fried Rice with Assorted Seafood

Fried Rice with Assorted Seafood dia bahan banyakkk, isi ketam dia tu memang terasa laa, memang sedappp dan ada jugak udang dan sotong, bahan2 pun tak kedekut, sesuai la dengan harga.

Stir Fried Eggplant with Dried Shrimp
Stir Fried Eggplant with Dried Shrimp

Bagi Stir Fried Eggplant with Dried Shrimp ni pun aku sukaa, dia punya terung tu tak liat dan tak lembik, just nice jea dia masak, budak2 pun suka sebab dia lembut jea, lembut yea bukan lembik, haha. Memang aku recommend kalau korang nak order sayur try la order terung ni, confirm korang suka. Tapi ikut jugak lah selera masing2 kan, bagi aku dan family aku, semua suka.

Dessert

Untuk dessert kitorang order Chilled Longan with Sea Coconut & Lemon. Bagi aku dessert ni ok laaa, tak da la fancy sgt, actually sama macam my mother-in-law selalu buat dekat rumah, haha. Pilihan dessert dia pun tak banyak dan nampak macam biasa2 jea laaa. So kalau korang nak makan dessert tu beli tempat lain jea lah, haha.

Drinks

Untuk drinks pulak kitorang pilih Chinese Tea, Tie Guan Yin. Dah makan dekat Chinese Muslim restaurant tak kan tak nak order Chinese Tea kan, rugi kalau tak rasa. Bagi aku, tea dia sedap dan tak la pekat sangat, sedap la minum lepas makan semua makanan tu, dia macam refreshing gituuu. Owh btw, dia punya tea ni boleh FREE refill tau, just bagi tau jea waitress tu.

Review

Disclaimer: Aku tak disponsor untuk buat review ni, jadi ni adalah berdasarkan pandangan honest aku yang tersendiri.

⭐ Overall, bagi aku makanan dia semuaaaaa sedapppp. Semua family aku pun cakap sedap dan boleh repeat lagi makan sini next time.

⭐ Untuk rate aku bagi 8/10.

⭐ Menu dia ada banyak so korang boleh pilih macam2 menu ikut selera korang.

⭐ Bagi aku rasa dan harga dia berbaloi la untuk standard makan dekat hotel.

So aku harap perkongsian aku ni dapat membantu uols yang nak plan makan dekat sini. Apa pengalaman korang makan kat sini? Atau ada nak kongsi tempat lain yang seronok untuk makan? Boleh comment di bahagian comment di bawah ya. Terima kasih kerana membaca sampai habis 😁

Si budak happy dapat makan sedap
Si budak happy dapat makan sedap

Share:

Comments Section: