Share:
Assalamualaikum, hai semua! Berjumpa lagi kita dalam pos yang terbaru Madam Jammy. Ok, harini aku nak buat review sikit pengalaman bersalin di Hospital Umra. Untuk pengetahuan semua, aku sebenar nya bersalin dekat hospital Umra pada hujung tahun 2019, huhu. Saja lah nak share jugak, supaya ibu2 yang nak bersalin dekat area Shah Alam ni tahu serba sedikit mengenai Hospital Umra dan pakej2 yang diorang tawarkan.
Ok, sebelum tu, aku nak share sikit kenapa aku memilih untuk bersalin di Hospital Umra Seksyen 13 Shah Alam ni. Actually, banyak sebab sebenar nya, haha. Tapi yang paling best adalah sebab kos nya lebih MURAH atau ‘Affordable’ lah berbanding hospital2 swasta yang lain.
Tapi ‘catch’ dia, untuk dapat harga pakej yang affordable ni, korang kena datang check up dekat sini sekurang nya 2 atau 3 kali (tak silap aku) baru lah boleh dapat harga pakej ni. Berapa pulak harga dia?? Boleh tengok dalam gambar yang aku share ni:
Bagi normal delivery yang paling murah adalah RM1999 (3-4 bedded room)(sharing). Mana nak dapat harga yang semurah ni untuk hospital swasta?? Sooo memang sangat2 berbaloi lah. Tapi kalau korang mampu dan nak bilik yang lebih privacy, boleh la pilih standard single room; just tambah berapa ratus lagi dah boleh dapat bilik sorang2. Lebih privacy gituuu. Kalau untuk bersalin secara C-sect(caesarean), caj yg paling murah adalah bermula dari RM4999(3-4 bedded room).
Sebelum aku bersalin dekat sini, ada lah dalam 4 atau 5 kali aku datang check up kandungan dekat sini. Kos untuk setiap kali check up juga berbeza ikut atas apa servis yang diorang bagi. Macam mula2, aku just datang check up kandungan jumpa Dr macam biasa macam dekat KK (Klinik Kesihatan) tu. Lepas tu datang untuk scan baby, buat detail scan untuk kandungan, dan macam2 lagi lah. Kos anggaran lebih kurang dalam RM150-RM250 macam tu tiap kali jumpa Dr atau buat scan.
Sebab seterusnya aku pilih Hospital Umra ni adalah diorang tawarkan service untuk kita ‘request’ Dr yang akan attend kita sepanjang kita bersalin dekat sini nanti 😍. Husband aku memang seboleh2 nya nak Dr perempuan lah yang buat semua nya kan, sebab tu jugak la dia sanggup kumpul duit nak bagi isteri dia bersalin hospital swasta 😄. Thank you husband. 🥰 Aku pilih Dr Wan Elly untuk attend aku masa bersalin, seriously peramah dan happy go luck sangat Dr Elly ni. Memang senang sangat dengan dia, terus rasa macam hilang sikit takut nak bersalin sebab dapat Dr yang happening mcm ni 😄.
Dari A to Z la Dr Elly yang buatkan, contoh nya mcm check bukaan… kalau terpaksa kena induce juga dia yang buatkan, jahit luka… semua lah dia buat senang cakap, haha. Memang best sebab sorang Dr jea yang buat, kurang lah sikit rasa malu tuu, huhu. Kalau kita nak ‘request’ Dr tertentu ni, kita kena bayar lebih lah sikit. Kalau untuk bersalin normal caj untuk request Dr ni kena tambah RM500, jika menggunakan alatan seperti Vacuum RM600, dan jika emergency caesar kos nya adalah RM1000. So Dr yg sama akan buat semua procedure tu untuk kita 🥰.
Nak dipendekkan cerita, pada malam nak bersalin, masa ni kandungan aku dah 39 weeks, memang menunggu hari jea nak beranak. Malam tu, lebih kurang lepas Isyak macam tu, lepas buang air kecik tiba2 perut aku cramp, sakit sangat2. Disebabkan tak ada experience, aku pun ajak la suami aku pergi Hospital Umra untuk check, kemas2 barang semua terus pergi sana.
Dah sampai Hospital Umra aku bagitau perut aku cramp, tak tau la nak beranak ke apa, haha. Lepas ambik nombor, tak lama tu nurse pangil untuk check urine, tengok tekanan darah semua lepas tu masuk bilik Dr. Alhamdulillah masa tu Dr Elly still ada dekat hospital lagi, so terus jumpa dengan dia dan bagitau apa yang jadi. Lepas tu Dr check bukaan dah 1 cm dan dapat result urine ada darah dan lepas tu scan jugak tengok air ketuban jugak dah kurang.
Disebabkan takut risiko dekat baby, Dr pun suggest untuk aku warded terus malam tu untuk pantau pergerakkan baby sebab air ketuban dah leaking. Aku dan husband pun setuju untuk warded malam tu dan terus kena bayar deposit malam tu jugak (RM2449). Aku dan husband decided untuk pilih bilik standard single sebab nak lebih privacy dan husband boleh teman aku dekat hospital tu 24 jam, hehe.
Malam tu, lepas warded, terus hilang rasa sakit perut, hahaha. Memang takda langsung dah sakit, tapi still kena warded jugak lah sebab nak pantau baby dalam perut. Bermula lah setiap 4 jam sekali nurse datang bilik bawak mesin untuk check contraction dan setiap 4 jam lah tidur aku tak lena sebab risau sangat, huhu.
Esok pagi tu aku still takda rasa sakit contraction dan Dr ada suggest untuk aku induce supaya ada contraction dan cepat bukaan. Induce ni pulak ada macam2 jenis, dan risiko dia. Aku pilih induce masuk ubat ikut bawah sebab yang ni risiko dia kurang sikit tapi contraction tu lambat sikit nak datang. Risiko yang aku maksudkan adalah risiko untuk bersalin secara caesarean.
Lepas Dr masukkan ubat induce yang pertama, tunggu lah dalam beberapa jam macam tu still takda tanda2 contraction dan sakit, bukaan pun still 2cm jea masa tu. Seharian la aku takda rasa apa2 contraction. Selama aku duduk ward, aku pun buat la macam2 exercise, dari jalan itik, squats, pusing2 dalam hospital tu, macam2 lah aku buat nak bagi cepat bukaan, tapi still tak jalan, huhu.
Keesokan harinya, still takda lagi contraction dan Dr pun induce lagi sekali. Alhamdulillah malam tu aku dah start rasa contraction. Fuhhh rupanya sakit jugak ea, aku dengar kawan2 aku cerita macam ok jea diorang, tak expect pun rasa sakit macam ni, huhu. So malam tu mmg tak lena langsung tidur sebab contraction dah kerap rasa, gelisah pusing sana sini. Tiap masa aku check contraction guna apps dekat fon. Nurse pun mmg setiap 4 jam sekali datang masuk bilik bawak mesin CTG (Cardiotocography) untuk check baby dan contraction.
Alhamdulillah esok pagi, dalam pkol 6.30 pagi, Dr Elly dah masuk bilik aku nak check bukaan dan dia bagitau 4CM dah buka masa tu, patut la sakit gilaa aku rasaa, huhu. Dalam pkol 7 am aku kena tolak masuk Labour Room. Sebelum masuk Labour Room tu tiba2 keluar darah, aku pun panic terus sebab ingat dah nak beranak ke ni? Hahaha. Sebab lepas keluar darah tu sakit dia dah makin kuat 😭. Lepas masuk Labour Room, Dr inform aku dia akan bagi aku Induce Drip pulak, nak bagi lagi cepat bukaan.
Seriously lepas masuk induce drip tu, contraction memang lagi kerap dan sangat2 sakit, tapi nurse sangat2 membantu. Diorang ajar buat exercise bagi cepat bukaan dan diorang bagi jugak ubat nak bagi keluar semua najis, untuk elak masa meneran nanti keluar najis. Tak lama lepas tu, aku dah sakit sangat sampai tak boleh nak berdiri dan mengigil seluruh badan sebab sakit sangat.
Alhamdulillah mak aku gilir2 dengan husband aku masuk Labour Room nak teman aku, aku happy sangat sebab mak dan husband aku ada dengan aku masa tu, bagi semangat dekat aku. Aku dapat tengok dekat muka diorang risau sangat tengok keadaan aku yang macam hapaaaa dah time tuu sebab tahan sakit, huhu.
Owhh lupa nak cakap, masa tengah sakit sangat tu, nurse ada offer gas entonox. Fungsi gas ni adalah nak bagi kurang rasa sakit, tapi aku rasa sama jea sebab sakit nya kuat sangat dan tak membantu sangat pun aku rasa sedut gas ni, huhu. Tapi still aku sedut la jugak sebab gas ni bagi kita rasa mengantok dan mamai sikit.
Dalam beberapa jam lepas tu (rasa sakit gila time ni, memang dah rasa nak teran), Dr Elly tak masuk Labour Room lagi aku dah teran sebab memang dah tak tahan, nurse pun dah panik sebab aku teran awal. haha
Alhamdulillah tak lama lepas tu, Dr datang, dan bermula la episode bertarung nyawa. Memang aku time tu dah rasa macam nyawa2 ikan, dalam hati aku dah tawakkal dan siap2 mengucap 😅. Dalam pkol 10.35 am keluar la puteri aku dengan pertolongan Vacuum. Aku dah takda energy nak teran baby sebab aku dah teran awal tadi, huhu. Dr Elly tengok aku dah lembik semacam kot, tu yang dia tanya aku dulu sebelum proceed dengan vacuum.
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuma lepas keluar uri tiba2 rahim aku tak nak kecut. Nurse urut2 rahim aku nak bagi kecut. Seriously masa diorang urut tu memang sakit gilaaa. Rasa sakit bersalin tak hilang lagi, tambah pulak dengan sakit kena urut rahim pulak. Lepas dah settle tu, Dr jahit tu sakit lagi. Masa Dr Elly jahit luka tu aku merayu2 cakap tolong la sakit sangat, buat slow2 sikit, hahahaha. Rasanya sebab dah mamai sedut gas tu cakap pun main lepas jea, huhu. Padahal Dr dah buat paling ‘gentle’ aku rasa.
Lepas dah jahit semua, Dr mintak aku duduk dalam Labour room dalam setengah jam macam tu untuk pantau keadaan aku. Dah lebih setengah jam, alhamdulillah takda apa2 jadi, nurse pun tolak la aku masuk ward aku semula. Fuhhh lega rasa semua dah selesai, tapi masa tu keadaan aku lemah sangat lagi.
Tak lama lepas tu, nurse bawak baby masuk bilik, happy sangat perasaan bila tengok baby time tu. Pasti semua ibu pun rasa yang sama kan? Tapi disebabkan keadaan aku lemah lagi masa tu, aku tak lama duduk dengan baby. Lepas tu aku minta nurse hantar baby duduk nursery. So malam tu aku just rehat dan tidur sahaja. Keesokan hari nya aku dah boleh discaj, alhamdulillah.
Lama betul aku rasa duduk hospital 4 hari check in hospital, huhu. Pagi tu kemas2 barang semua untuk ready nak balik rumah sementara husband pergi settle kan payment apa yang patut. Lepas tu dah boleh discaj. Ok, aku nak share total aku kena bayar sepanjang dekat Hospital Umra ni:
So ni adalah total dia, bagi aku ok lah, dengan apa yang diorang dah buat dan servis yang aku request kan. Seriously pengalaman yang best sebab Dr baik, nurse pun baik, banyak membantu, alhamdulillah.
Aku harap dengan sharing aku ni dapat membantu uolss lebih jelas tentang bersalin di Hospital Umra ni. Kalau korang ada apa2 soalan yang nak tanya berkenaan bersalin di Hospital Umra korang boleh terus contact mereka di bawah :
Lepas sharing aku ni, ada berminat nak bersalin kat sini tak? Atau ada tempat lain yang korang nak recommend? Boleh share di bahagian komen di bawah ya. Tq sebab membaca sampai habis 🤗
Disclaimer: aku bukannya pakar dalam bidang perubatan. Cuma berkongsi pengalaman. Untuk nasihat lanjut tentang isu medical ni, kena lah refer dengan doctor ya.
Share:
Comments Section: