Sakit Kuning atau Jaundice

9 minutes and 44 seconds.

Published on Jul 02, 2021

Jaundice

Demam Kuning

Parenting

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations

Assalamualaikum, hai mommies! Dalam post yang sebelum ni aku ada bagi tahu nak share tentang ‘jaundice’. So harini aku just nak share pengalaman aku handle anak kena sakit kuning ataupun kita biasa dengar ‘jaundice’, masa aku dalam pantang. Okey, sebelum tu, aku nak share sikit apa itu jaundice. Jom baca apa yang aku nak share tentang jaundice dan ada jugak tips2 yang berguna untuk mommies semua.

Apakah itu Jaundice?

Jaundice ini adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

Symptoms/tanda2

  • Masalah kuning ini juga dapat ditemui pada bahagian putih mata iaitu sklera atau mukosa hidung dan mulut. So kalau anak kena sakit kuning ni mommies boleh jugak dapat detect di bahagian mata mereka, jika kuning mereka tinggi.

  • Selain daripada nampak dekat kulit dan mata, boleh detect jugak bila nampak baby asyik tidur jea dan tak aktif, even menyusu pun kurang. So bila kurang menyusu, air kencing akan jadi pekat dan kurang membuang.

Biasanya jaundice pada bayi berlaku dalam masa sebulan selepas bayi dilahirkan.

Ada beberapa jenis jaundice sering terjadi pada bayi dan tidak berbahaya, biasanya bermula selepas 48 jam dilahirkan dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran.

Jaundice dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan hingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang.

Untuk pengetahuan mommies, jaundice ni sering berlaku pada bayi. Sebanyak 50% bayi akan mengalami jaundice pada minggu pertama selepas dilahirkan.

Jadi mommies jangan cepat panik dan takut bila tiba2 bayi mommies di sahkan kena jaundice ok. Just follow up di klinik untuk dapatkan rawatan dengan segera.

Baby lebih banyak tidur dan tidak aktif apabila kena Jaundice
Baby lebih banyak tidur dan tidak aktif apabila kena Jaundice

Bilirubin

Pasti ada mommies tertanya kan, apa bilirubin yang aku cakap dekat atas tu? Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah.

Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Bagi bayi, proses ini normal kerana sel darah merah melalui proses transformasi selepas dilahirkan dan ini menyebabkan pelepasan bilirubin.

Al Kisah

Seriously aku cakap, aku tak expect pun anak aku akan kena kuning lepas dilahirkan, masa tu just fikir positive jea, macam confident jea la kan, harap2 anak tak kena jaundice,huhu.

Owh aku confident ni sebab masa pregnant tu ada orang bagi tau minum susu kambing nanti anak tak kena kuning, so aku pun minum la susu kambing (yang dah diproses/skim) dengan harapan anak aku tak kena kuning lepas lahir, huhu.

Selepas Bersalin

Lepas bersalin aku still stay hospital dan hari kedua lepas bersalin baru aku discharge, time tu anak tak nampak lagi ada kuning.

So hari ketiga ada nurse datang rumah check aku dan baby, masa diorang check baby sorang nurse tu bagi tau, “anak awak ni macam ada kuning ni” dan diorang nak aku datang klinik petang tu jugak untuk check.

Terkejut bila nurse inform anak ada Jaundice
Terkejut bila nurse inform anak ada Jaundice

Then aku inform diorang yang hari keempat atau keesokan nya aku ada appointment dengan Hospital Umra(untuk check keadaan baby) dan decide nak check pada hari esok sahaja.

Hari keempat aku pun pergi la hospital nak check baby dan bila dah jumpa doktor, dia pun bagi tau yang baby aku kena jaundice dan bacaan agak tinggi jugak lah (227 umol/L).

Aku pun sedih dan panik jugak la time tu sebab first time kan. Dengan sakit kena jahit lepas bersalin tak hilang dan sembuh lagi, nak jalan pun terkemut2, energy pun belum betul2 pulih, memang sangat mencabar. Rasa memang sedih sangat time tu, sebab memang tak sangka lepas bersalin aku kena hadapi benda2 macam ni. Dan tak ada pulak orang bagi tahu aku kena prepare benda2 macam ni lepas bersalin. Ingat lepas bersalin tu hilang lah azab2 sakit dan bermain emosi, tapi rupanya tidak ๐Ÿ˜ฃ ada lagi yang lebih besar kena hadapi.

So lepas tu doktor bagi tau esok kena datang check baby lagi, untuk tengok keadaan dia macam mana. Lepas tu doktor tanya aku bagi susu apa dekat baby? aku bagitau aku just breastfeed dan aku pun tak sure time tu susu aku ni mencukupi tak dekat baby. Aku just bagi jea baby menyusu macam biasa.

Apa yang boleh dilakukan?

Untuk pengetahuan mommies, kalau baby kena jaundice memang mommies digalakkan bagi susu badan dengan kerap supaya baby banyak membuang dan jaundice dapat turun dan hilang dengan cepat.

Jangan la pergi ikut petua2 bagi baby makan atau minum benda2 yang bukan2, sebab baby kecik lagi, even air masak pun bahaya kalau nak bagi diorang tau.

Cara yang terbaik adalah kerap bagi susu dekat baby. Kalau mommies rasa susu kurang, boleh la ikhtiar bagi susu formula pula. Yang ni Doktor sendiri yang bagi tahu aku boleh topup susu formula kalau rasa susu badan kurang mencukupi untuk baby.

Bukan nak galakkan bagi susu formula, tapi itu adalah cara yang lebih baik nak bagi bacaan kuning berkurang daripada bagi baby minum yang bukan2. Huhu

Baby yang kena jaundice ni juga diorang akan kuat tidur, macam baby aku asyik tidur jea kerja nya, even menyusu pun kurang, dan aku terpaksa guna macam2 cara nak bagi dia minum susu. Salah satu cara yang berkesan dekat dia adalah aku bukak baju dia semua, hanya tinggal pampers jea baru dia nak bangun dan minum susu, huhu.

Ni cara yang doktor suggest dekat aku kalau baby liat sangat nak bangun minum susu. Bila diorang dah rasa sejuk baru la nak bangun. So make sure kejut jea diorang bangun dalam 2 jam sekali untuk minum susu, mommies kena alert sikit bab ni, sebab kalau kurang menyusu kuning akan mudah naik.

So hari kelima aku dan husband datang check baby lagi dan doktor bagitau bacaan kuning anak aku lagi tinggi dari semalam (241 umol/L). Time tu doktor suggest anak aku kena warded dan buat rawatan ‘foto therapy’ untuk bagi jaundice cepat turun. Aku pun bincang dengan husband nak proceed atau tak. Then kitorang decided nak refer hospital kerajaan atas sebab2 tertentu. Lepas tu doktor Hospital Umra pun buat referral letter dan terus la kitorang pergi hospital kerajaan.

Sampai hospital kerajaan di bahagian ‘Emergency’ kitorang terus inform staf yang bertugas time tu, dan bagi surat daripada hospital Umra. Tak lama lepas tu diorang panggil dan bagitau aku tak payah warded sebab bacaan kuning anak aku bawah level kena fototerapi. Kalau bacaan lebih dari (308 umol/L) baru diorang boleh proceed. Aku dan husband pun legaaaaa laaa time tu sebab anak tak kena warded dan balik dengan kelegaan. Konon nya lah.

Warded NICU

Keesokan hari nya kami still kena pergi lagi klinik kesihatan untuk check kuning baby, dengan harapan kuning baby turun la sikit dari sebelum nya.

Seriosly penat sangat rasa sebab tak ada rehat sangat lepas bersalin dah kena handle pulak anak jaundice, tapi di sebabkan anak yang tercinta ku gagahi jua ya, jadi kena prepare fizikal dan mental betul2 time ni.

Bila dah sampai klinik kesihatan, ambil sampel darah baby semua dan tunggu untuk result baby. Lepas dapat result nurse inform kena terus jumpa doktor dan bagi tahu bacaan kuning baby aku tinggi. Terus rasa lemah time tu. Bila dah jumpa doktor, dan dia inform anak aku kena warded masuk NICU sebab bacaan kuning anak aku tinggi lebih dari (308 umol/L), masa tu tak tahu nak rasa apa sebab terkejut dan macam terpingga2 gitu, huhu.

Doktor dekat kk terus buat referral letter untuk warded dekat hospital. Dan buat pertama kali dalam hidup aku naik ambulance dengan baby pergi hospital, huhu. Seriously blank betul rasa time tu, aku pun follow jea la apa yang nurse bagitahu dan dia pun ada dengan aku ikut pergi hospital. Owh masa tu ada jugak sorang akak ni, dia pun kena pergi hospital juga bawak baby sebab jaundice, so aku bukan kesorangan yang kena bawak baby check in NICU. ๐Ÿ˜ฅ

First time naik ambulance ๐Ÿ˜ซ
First time naik ambulance ๐Ÿ˜ซ

Hospital Shah Alam

Dah sampai hospital terus pergi bahagian ‘emergency’ dan settle urusan dekat situ dulu sebelum boleh admit NICU. Masa sampai hospital tu alhamdulillah husband pun dah sampai jugak sana dan terus sama2 dengan aku. Mostly nurse daripada klinik kesihatan yang handle dokument semua dan aku just follow sahaja. Bila anak dah masuk NICU, hanya mommy jea boleh tengok anak time tu, husband kena tunggu dekat luar ward.

Emosi time tu memang sedih sangat2 sebab kesian tengok anak kena duduk bawah lampu biru dengan hanya pakai pampers dan eye patches sahaja, kadang2 dia menggigil sebab sejuk(dalam ward memang sejuk sebab ada aircond), lagi lah aku tak keruan menangis ๐Ÿ˜ญ. Sedih sangat, tapi apakan daya memang macam tu pun caranya nak bagi bacaan kuning turun dengan cepat.

Masa dekat ward tu aku kerap breastfeed baby. Sepanjang dekat NICU pada hari tu aku memang kerap dengar baby2 menangis, sebab ada ramai sangat baby dekat dalam NICU tu. Even bukan baby aku yang menangis tapi memang sedih sangat, mental aku tak kuat betul time tu, menangis sampai lebam mata, huhu.

Aku tunggu baby sampai malam sampai habis masa melawat, ikutkan tak nak balik, tapi apakan daya, ward NICU hanya untuk baby sahaja, so mommy tak boleh stay.

Bila dah balik rumah memang mulut sentiasa doa untuk anak, harap sangat dia cepat sembuh dan boleh discaj dengan cepat. Keesokan harinya pagi2 lagi kitorang dah pergi hospital nak jumpa baby, bila dah sampai hospital tu memang excited sangat2 dan terus pergi ward NICU, sebelum masuk kena tulis nama dulu, dekat luar ward ada guard yang jaga. Masa tu hanya ibu sahaja boleh masuk, so daddy kena tunggu dekat luar.

Perasaan happy sangat2 dapat jumpa baby. Dah jumpa, bersihkan tangan apa semua dulu dan terus breastfeed baby, baby masa tu belum sentuh lagi tapi dia dah nangis maybe sebab dia tahu bau mommy dia datang dekat dia, berjurai lagi air mata sebab mesti dia sedih mommy tak ada dengan dia semalam. ๐Ÿ˜ญ

Dah siap brasfeed baby, aku pun tanya nurse dekat ward bila baby boleh balik? nurse tengok rekod anak lepas tu dia bagi tahu haritu jugak baby dah boleh discaj. Fuhhh happy dan bersyukur sangat2 time tu bila dengar baby dah boleh discaj, Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku ๐Ÿ˜„๐Ÿคฒ๐Ÿป.

Untuk urusan discaj agak lama jugak, sebab Dr nak kena ambil sampel darah lagi nanti dan sebagainya. Sementara tu nurse minta aku inform husband aku untuk uruskan pembayaran kos rawatan baby dekat hopital dulu dan dah siap terus bagi nurse untuk pengesahan. Settle semua urusan tu, petang jugak la baru settle, alhamdulillah dah boleh bawak baby balik.

Sebelum discaj nurse ada bagi appointment dengan pakar untuk check pendengaran anak aku, sebab bila bacaan kuning terlalu tinggi ada risiko gangguan pendengaran. Appointment sebulan selepas baby keluar dari NICU.

Dalam masa sebulan lepas discharge kena buat hearing test.
Dalam masa sebulan lepas discharge kena buat hearing test.

Owh lupa nak bagi tahu, bacaan kuning anak aku time tu dalam 200 something still agak tinggi tapi dah bawah dari tahap kena photo therapy, dan baby aku dalam kategori ‘low risk’ sebab jenis darah aku sama dengan baby dan ada beberapa lagi faktor lain, aku pun dah lupa, huhu.

Walaupun dah discaj dari hospital, tapi kitorang still kena bawak baby check bacaan kuning di klinik kesihatan, kalini alhamdulillah bacaaan kuning baby dah semakin menurun. Dalam 4 hari sekali baby kena ambil darah. Tapi bacaan kuning baby tak turun banyak sangat, dalam masa sebulan jugak lah baru betul2 turun ke paras normal.

Banyak kali jugak la kitorang kena pergi kk dan kesian tengok tumit kaki baby selalu kena cucuk sebab nak ambil sampel darah.
Banyak kali jugak la kitorang kena pergi kk dan kesian tengok tumit kaki baby selalu kena cucuk sebab nak ambil sampel darah.

So bila dah nak dekat sebulan bertarung dengan kuning ni, akhir nya bacaan kuning anak aku dah turun sepenuhnya, alhamdulillah. Lega sangat2 bila dengar doktor bagitahu dah tak payah datang check kuning lagi sebab dah normal.

Kesimpulan

  • Bila baby disahkan kena jaundice jangan cepat panik, just follow jea apa yang doktor atau nurse mintak buat.

  • Prepare betul2 fizikal dan mental untuk handle semua benda bila baby jaundice, agak penat dan mencabar sebenar nya, sebab dalam tempoh berpantang lagi kita dah kena bawak anak selalu check up klinik or hospital. Dengan keadaan pandemic sekarang memang mommies yang kena handle baby sepenuhnya, so kuat kan semangat dan jangan down bila semua ni berlaku ok. โค๏ธ

Fizikal dan mental kena kuat untuk anak tersayang.
Fizikal dan mental kena kuat untuk anak tersayang.

  • Jangan sesekali ikut petua yang bukan2 dan bagi baby makan yang bukan2 semata2 nak bagi kuning turun.

  • Apa yang mommies boleh buat adalah bagi susu sekerap yang mungkin dan kena alert jangan biar baby lama sangat tidur tanpa minum susu.

  • Boleh set kan masa setiap 2 atau 3 jam sekali untuk memastikan baby menyusu dan supaya kita juga tak lupa nak bagi baby susu.

So aku harap perkongsian kali ini dapat membantu mommies atau bakal2 mommies semua untuk prepare diri bila baby kena jaundice. At least korang dah tahu serba sedikit apa yang akan jadi nanti. Walaupun xsemua baby yang akan dapat jaundice, tapi tak salah kalau kita bersedia sahaja, so tak la nanti kita panik dan down bila semua ni jadi.

Rujukan

Share:

Comments Section: