Siapa Madam Jammy?

2 minutes and 32 seconds.

Published on May 26, 2021

uncategorized

uncategorized

illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations illustrations
Siapa Madam Jammy?
Siapa Madam Jammy?

Share:

Assalamualaikum, hai semua! Siapa Madam Jammy ni? Kenapa nama dia Jammy? Hehe mesti ada yang tertanya2 kan kenapa Jammy? Nama aku Fatin Jamilah, dulu time study dekat matriks ada budak kelas aku kononnya nak panggil nama ‘glamour’ la sikit kann, sebab time tu ramai gilaa nama Fatin, jadi diorang panggil la aku Jammy, start dari situ, aku pun teruskan jea la orang panggil aku Jammy,

haha.

Lain sikit kann, sebab Fatin dah biasa, so kita kasi upgrade sikit, gituuu 😜.

Tapi still ada jea orang panggil aku Fatin, macam family atau yang dah kenal aku dari kecik lagi mostly panggil Fatin lah, kalau tiba2 sedara mara panggil Jammy rasa mcm pelik pulak, hahahaha.

Ehh terlajak pulak cerita pasal nama ni, sorry eh. Aku kalau dah start cerita memang macam2 benda nak share, sebab memang dari dulu lagi sejenis kalau bercakap susah nak berhenti, yang kenal tu tahu lah 😂.

Ada topik yang nak Jammy kongsikan? Boleh tulis idea korang di bahagian komen di bawah

Kenapa nak blog?

Aku sebenar nya dah lama ‘teringin’ nak tulis blog, sebab aku memang suka baca2 blog atau article yang ringkas dan mudah hadam, sambil2 menyusu anak sempat la nak baca 2 atau 3 article atau blog macam tu, huhu. Jadi bila dah baca ni tiba2 terasa macam best jugak kan kalau share ilmu dengan orang lain, sebab tak semua orang tahu apa yang kita tahu dan why not kita share serba sedikit apa yang kita dapat ni dengan orang lain, tapi make sure lah sebelum kita share tu jangan bagi ajaran sesat pulak 😅, nanti jadi satu masalah pulak.

Umur aku sekarang dah masuk 27 tahun, huhu rasa macam baru jea 17 tahun, tiba2 dah tambah 10 tahun dah, cepat betul masa berlalu 😢. Sekarang alhamdulillah dah berkahwin ada seorang suami dan seorang anak(yg comel) hahaha . Ehh suami memang lah sorg kann, ko ingt perempuan boleh kawen 4? haha.

My little family

Anak Adalah Amanah

Sebagai seorang ibu, aku rasa bertanggungjawab nak belajar ilmu2 parenting ni, memang semua parents wajib belajar ilmu2 parenting ni, sebab tanggungjawab kita adalah sangat besar, anak itu adalah amanah yang Allah bagi kepada kita untuk kita bentuk mereka sebaik nya. So in sha Allah aku akan share sikit lah berkaitan parenting dalam blog aku ni, dan info2 lain yg aku rasa sesuai nk share, hehe.

My Cheeky Girl
Anak adalah amanah

Owh lupa nak bgtau sebenar nya aku ni baru first time nak tulis blog, penulisan aku ni sekadar sharing sahaja, dan aku bukan la seorang yang expert, just sharing apa yang aku dah buat research dan dari orang yang expert dan lebih berpengalaman. So aku harap korang semua yang baca ni jangan la mengharapkan penulisan aku ni macam orang hebat dan Pro2 dekat luar sana, bak kata budak2 weechat, aku hanyalah seorang potato, hahaha. Lebih kurang lah kot ea.

Aku hanyalah potato

Kesimpulan

Akhir sekali, aku harap korang semua enjoy membaca apa yang aku share ni, dan aku harap sedikit sebanyak yang aku sharing ni dapat bagi manfaat dekat semua yang membaca ❤️.

So kalau uolss ada apa2 soalan atau ada topik apa2 yang nak Jammy share, boleh komen dekat bawah, in sha Allah Jammy akan jawab atau tulis pasal topik tu ❤️

Share:

Comments Section: